Mohon Bantuan Am RM100 Sehingga RM350 Sebulan

 


Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) telah menyediakan pelbagai jenis bantuan, bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

Antaranya termasuklan Bantuan Am Negeri yang diberikan kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan bulanan sebanyak minimum RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Bantuan Am.


Apakah itu Bantuan Am?

 • Kadar bayaran Bantuan Am : RM100 sebulan seorang; maksimum RM350 sebulan sekeluarga

 • Bantuan Am adalah bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan harian individu atau keluarga


Siapakah yang layak untuk memohon Bantuan Am?

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
 i Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
 ii PGK purata miskin per kapita semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Am?

  • Setiap pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
 i Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
 ii Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
 iii Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
 iv Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
i.Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
ii Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.



Catat Ulasan

0 Ulasan