Tarikh Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Bagi Fasa 1, 2, 3, & 4

 


Tarikh Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Bagi Fasa 1, 2, 3, & 4.penerima bantuan sering  tertanya-tanya bilakah duit Bantuan Keluarga Malaysia akan dikreditkan kepada penerima? Menurut kenyataan daripada Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul, BKM akan diagihkan dalam fasa iaitu fasa pertama, fasa kedua, fasa ketiga dan fasa keempat.

Kerajaan telah mengumumkan penggantian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kepada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu. Inisiatif ini ditambah baik dengan meluaskan kategori penerima pada kadar bantuan untuk membantu mengurangkan beban aliran tunai bagi rakyat.


Jadual Tarikh Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Bagi Fasa 1, 2, 3, & 4. Empat Fasa Pembayaran BKM :

Berikut adalah maklumat berkaitan tarikh pembayaran bantuan mengikut kategori-kategori yang ditetapkan.

  • Fasa 1 : Bermula 28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022 (Pemohon yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut bayaran di BSN bermula 30 Mac 2022)
  • Fasa 2 : Jun 2022 
  • Fasa 3 : September 2022
  • Fasa 4 : Disember 2022 

Tarikh pembayaran dan jumlah bantuan yang diterima mengikut fasa dan kategori untuk rujukan semua:

1) Kategori isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 sebulan.

Fasa Pertama : Mulai 28 Mac 2022
Fasa Kedua : Jun 2022 
Fasa Ketiga : September 2022 
Fasa Keempat : Disember 2022

Jumlah Bantuan: 
  • tiada anak: RM1,000 
  • 1 atau 2 orang anak: RM1,500
  • 3 orang anak atau lebih: RM2,000

2) Kategori isi rumah berpendapatan dari RM2,501 hingga RM 5,000 sebulan 

Fasa Pertama : Mulai 28 Mac 2022 
Fasa Kedua : Jun 2022 
Fasa Ketiga : September 2022
Fasa Keempat : Disember 2022 

Jumlah Bantuan: 
  • tiada anak: RM400 
  • 1 atau 2 orang anak: RM600 
  • 3 orang anak atau lebih:  RM800

3) Kategori individu bujang berpendapatan RM5,000 sebulan dan ke bawah.

Bagi individu warga emas bujang/ tiada pasangan berumur 60 tahun dan ke atas.

  • Fasa Pertama : Mulai 28 Mac 2022 
  • Fasa Kedua : Jun 2022 
  • Fasa Ketiga : September 2022
  • Fasa Keempat : Disember 2022 
Jumlah Bantuan:
  • RM600

4) Kategori individu bujang berpendapatan kurang RM2,500 sebulan. 

Bagi individu bujang berumur 21 – 59 tahun/ OKU bujang berumur 19 – 59 tahun 

Fasa Pertama : Mulai 28 Mac 2022
Fasa Kedua : September 2022
 
Jumlah Bantuan: 
  • RM350

Kaedah Pembayaran BKM 

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat dua cara pembayaran kepada penerima seperti berikut:

1) Dimasukkan ke akaun bank

  • Akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima pada tarikh yang ditetapkan secara berperingkat.

2) Secara tunai di kaunter BSN

  • Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, penerima boleh menuntut bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.


Catat Ulasan

0 Ulasan