KERAJAAN UMUM BANTUAN RM200 SEBULAN SELAMA ENAM BULAN

 


Kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 selama enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu telah dibincangkan bersama dengan Kementerian Kewangan dan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang dijangka dibentang Oktober ini.

Beliau mengumumkan perkara ini ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke-48, di ibu negara, malam tadi.

Jelasnya, kerajaan perlu adil kepada semua sepertimana penoreh, nelayan yang selama ini menerima bantuan ketika musim tengkujuh.

 “Saya terkejut jika pesawah tak dapat bantuan. Saya dah berbincang dengan menteri kewangan dan kita bersetuju untuk memberikan bantuan sementara padi dituai iaitu sebanyak RM200 untuk tiga bulan bagi dua musim. “Jadi semua enam bulanlah bagi satu tahun,”

katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Ke-48, di Dewan Merdeka World Trade Centre (WTC).

Jelasnya, kerajaan perlu adil kepada semua sepertimana penoreh, nelayan yang selama ini menerima bantuan ketika musim tengkujuh.

Sebelum ini, penoreh getah mendapat bantuan musim tengkujuh kerana tiada pendapatan selama tiga bulan iaitu pada November, Disember dan Januari.

Catat Ulasan

0 Ulasan