Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Dibuka Bermula 2 Mei 2022


Bagi pemohon yang tidak lulus permohonan Bantuan Keluarga Malaysia pada Januari yang lalu , kerajaan memberi peluang bagi permohonan rayuan BKM 2022.

Rayuan ini sebagai peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini.

Tempoh rayuan ini akan dibuka mulai 2 Mei selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.


Kelayakan untuk membuat permohonan rayuan BKM 2022
  1. pemohon yang berstatus tidak lulus BKM 2022
  2. Pemohon yang berstatus lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan, dan perubahan pendapatan sahaja

Tempoh Permohonan Rayuan

Tempoh permohonan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia ( BKM ) 2022 boleh dibuat berdasarkan maklumat berikut;
  1.  Secara atas talian - mulai 2 mei 2022 hingga 2 jun 2022
  2.  Secara borang kertas - mulai 9 mei 2022 hingga 2 jun 2022

Cara Buat Permohonan Rayuan

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut ;

  1. Secara dalam talian melalui portal rasmi LHDNM , https://bkm.hasil.gov.my , atau
  2. Penghantaran Borang Melalui Cawangan LHDNM/Pejabat Satelit (PS)/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Pusat Trasnformasi Bandar (UTC) Yang berhampiran 

P/s Pemohon digalakkan membuat permohonan rayuan BKM 2022 secara dalam talian


Dokumen Yang Diperlukan 

Bagi permohonan rayuan, pemohon perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan bergantun kepada kod tidak lulus BKM 2022. 

Antara dokumen yang perlu disediakan ;
  1. MyKad Pemohon atau pasangan
  2. MyKad/MyKid anak
  3. Sijil lahir anak ( bagi pengesahan status kewarganegaraan)
  4. Dokumen pengenalan pasangan dan lain lagi.

*Menurut LHDNM, Dokumen sokongan yang diperlukan semasa tempoh rayuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.


Adakah golongan Bujang ( pelajar sepenuh masa) boleh membuat rayuan?

Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat permohonan rayuan BKM 2022 (status tidak lulus bagi kategori bujang kod 06)


Catat Ulasan

0 Ulasan