Semakan Status Peranti Siswa Keluarga Malaysia 2022



Permohonan Pakej Peranti Siswa bagi pelajar IPT telah dibuka bermula 15 April 2022 lalu.

Peranti Siswa Keluarga Malaysia adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan membantu pembelajaran secara maya atau hibrid untuk kelangsungan pendidikan ketika fasa peralihan endemik ini.

Inisiatif Kerajaan ini untuk memastikan tiada golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi dan dapat beradaptasi dalam menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan.

Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang RM65 juta. untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).


Siapakah yang layak menerima tablet percuma ini?

Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.

Inisiatif ini juga akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


Cara Semakan Status Kelulusan

keputusan status peranti siswa keluarga akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pemohon yang lulus permohonan.


Tarikh Penerimaan Peranti

Kumpulan pertama dijangka menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada minggu kedua Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Peranti akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu ;

  • Sesi pertama – melibatkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan diutamakan kepada pemohon yang memiliki data lengkap.
  • Sesi kedua – kes rayuan. agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.

Catat Ulasan

0 Ulasan