Terkini Cara Memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

 




APA ITU SJKP?

Isu kekurangan rakyat yang tidak bergaji tetap untuk membeli hartanah bukan benda yang baru dibincangkan.Ia sudah dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun 2007 dalam Rang Undang-Undang Perbekalan 2008. sebab itula SJKP diwujudkan.

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah untuk membiaya warganegara Malaysia yang tidak memiliki pendapatan tetap untuk membeli rumah pertama.Golongan petani, pekerja gig dan pengusaha kecil yang ingin memiliki rumah SJKP ada yang sedang dalam fasa pembinaan, siap sepenuhnya, lelong mahupun rumah yang terjual.

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2 billion kepada bank untuk membiaya pinjaman rumah SJKP dalam Bajet 2022 kali ini.90% adalah pinjaman, manakala 10% perlu dapatkan deposit dari luar

Walaupun SJKP diperkenalkan untuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap, itu tidak bermaksud semua orang layak untuk memohon.


Siapa Yang Layak Untuk Memohon SJKP ?

jika anda melepasi kelayakan permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan, anda mempunyai peluang untuk membuat permohonan.

Berikut adalah syarat-syarat permohonan ;





Adakah pembiayaan SJKP ini mempunyai berbagai terma pembiayaan atau tidak?

Jawapannya sudah tentu ada, berikut maklumat terma pembiayaan;





Cara Memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

  1. Kenalpasti jenis rumah yang ingin dibeli dan dapatkan dokumen perumahan yang berkaitan seperti draft perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada pihak yang dibenarkan seperti Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih. (Surat wajib mengandungi nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.)
  3. Suami isteri yang mempunyai pendapatan berasingan perlu mendapatkan dua surat pengesahan.
  4. Bawa penyata gaji dan penyata KWSP jika anda kakitangan yang bergaji.
  5. Sediakan dokumen sokongan bagi sumber pendapatan. (Contohnya, penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen jual beli.)
  6. Bawa semua dokumen yang dinyatakan ke mana-mana cawangan institusi kewangan yang menyertai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk membuat permohonan seperti SJKP Bank Muamalat atau SJKP BSN.


Permohonan SJKP ini hanya boleh dibuat secara fizikal di institusi kewangan terpilih sahaja






Catat Ulasan

0 Ulasan